Tentang WI

Logo dan Definisi Matlamat Pertubuhan Perkumpulan Perempuan
  1. Huruf "WI" tertera di tengah lambang. "W" berwarna biru dan "I" berwarna merah. WI adalah wanita yang berani untuk mengikuti arus pembangunan Negara dan berani meningkatkan kemahuan dan kebolehan wanita.
  2. PADI ~ Bersatu Padu. Wanita dalam pertubuhan ini hendaklah bersatu padu untuk mencapai tujuan-tujuan seperti dalam perlembagaan dan untuk memperjuangkan hak-hak wanita dalam dunia global ini.
  3. WARNA BIRU - Kecintaan Kepada Negara. Sebagai seorang ahli dan warganegara Malaysia taat setia dan cinta kepada Negara sendiri.
  4. WARNA MERAH ~ Keberanian. Ahli WI harus berani menghadapi segala cabaran yang mendatang.
  5. WARNA KUNING ~ Negara Berpelembagaan & Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Moto W.I

Ke arah kemajuan yang berfaedah dan bertanggungjawab


Objektif

  1. Membolehkan wanita dan remaja perempuan tidak kira bangsa dan agama mengambil bahagian yang cergas dan bersistematik dapat bergerak selari dengan apa yang dialami dan dinikmati oleh wanita di negara lain.
  2. Memberi peluang untuk wanita dan remaja berusaha bersama menerusi pertubuhan ini menjalankan aktiviti/program ke arah pembangunan masyarakat, sentiasa menggilap kelebihan dan potensi yang ada berlandaskan ilmu, iman dan taqwa.
  3. Untuk menjadi wanita yang berkualiti, berilmu, berkemahiran dan berketerampilan.

LinkWithin