Saturday, 26 March 2011

LAGU W.I


Lagu Rasmi
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (W.I)

Perkumpulan Perempuan Malaysia
Siap Sedia Memimpin Wanita
Baik Di Pekan Mahu Pun Di Desa
Mari Kita Majukan

Perkumpulan Perempuan Banyak Faedah
Menabur Kebajikan Di Mana-Mana
Keharmonian Keluarga Gembira
Hidup Bahagia

Perkumpulan Perempuan Malaysia
Siap Sedia Memimpin Wanita
Baik Di Pekan Mahu Pun Di Desa
Mari Kita Majukan

Kemajuan Semasa Kita Cari
Mengurus Mendidik Setiap Hari
Membina Keluarga Sihat Sentiasa
Hidup Sentosa

Perkumpulan Perempuan Malaysia
Siap Sedia Memimpin Wanita
Baik Di Pekan Mahu Pun Di Desa
Mari Kita Majukan

Hidupkan Semangat Perpaduan
Tiap-Tiap Kaum Baik Persahabatan
Sumbangilah Pertolongan
Supaya Aman

Perkumpulan Perempuan Malaysia
Siap Sedia Memimpin Wanita
Baik Di Pekan Mahu Pun Di Desa
Mari Kita Majukan

Friday, 25 March 2011

PENGENALAN KEPADA W.I


MISSION
Membolehkan wanita dan remaja perempuan tidak kira bangsa dan agama mengambil 
bahagian yang cergas dan bersistematik dapat bergerak selari dengan apa yang 
dialami dan dinikmati oleh wanita di negara lain.

Memberi peluang untuk wanita dan remaja berusaha bersama menerusi pertubuhan 
ini menjalankan aktiviti/program ke arah pembangunan masyarakat, sentiasa menggilap 
kelebihan dan potensi yang ada berlandaskan ilmu, iman dan taqwa.

Untuk menjadi wanita yang berkualiti, berilmu, berkemahiran dan berketerampilan.


DESCRIPTION
Pertumbuhan Perkumpulan Perempuan dikenali juga sebagai Women's Institute (WI). WI adalah wanita yang berani untuk mengikuti arus pembangunan Negara dan berani meningkatkan kemahuan dan kebolehan wanita.


MOTO W.I
"Ke arah kemajuan yang berfaedah dan bertanggungjawab"

LinkWithin